Rekod sejarah Viking

Gambar gabungan (composite) daripada beberapa sudut Ledberg Runestone dengan gambaran kapal dan kemungkinannya Scandinavians semasa

Tarikh terawal diberikan bagi serangan Viking adalah pada 789, apabila, menurut Anglo Saxon Chronicle, sekumpulan lelaki dari Norway berlayar ke Portland, di Dorset. Di sana, mereka disalah anggap sebagai pedagang oleh pegawai di raja, dan mereka membunuhnya apabila dia cuba membawa mereka ke manor raja bagi membayar cukai bagi barang mereka. Serangan kedua yang dirakamkan, bertarikh 8 Jun 793, ke atas monasteri di Lindisfarne disebelah pantai timur England. Untuk 200 tahun berikutnya, sejarah Europah dipenuhi dengan cerita mengenai Viking dan rompakan mereka.

Viking mempengaruhi sepanjang kawasan persisiran Ireland dan Scotland, dan menakluk dan menetap di sebahagian besar England (lihat Danelaw). Mereka mengembara menyusuri sungai Perancis dan Sepanyol, dan berjaya menguasai kawasan di Russia dan sepanjang persisiran Baltic. Terdapat kisah mengenai rompakan di Mediterranean dan sehingga ke barat di laut Caspian.

Adam dari Bremen merakamkan dalam bukunya Gesta Hammaburgensis Ecclesiae Pontificum, (jilid empat):

Aurum ibi plurimum, quod raptu congeritur piratico. Ipsi enim piratae, 'quos illi Wichingos as appellant, nostri Ascomannos regi Danico tributum solvunt."Terdapat banyak emas di sini (di Zealand), dikumpulkan melalui lanun. Lanun ini, dikenali sebagai wichingi oleh orang mereka sendiri, dan Ascomanni oleh orang kita, membayar ufti kepada raja Danish."


Saxo Grammaticus

Bahagian ini memerlukan pengembangan. Anda boleh menolong dengan membaiki seksyen itu.

Batu Rune

Banyak batu rune di Scandinavia merakamkan nama ahli dalam ekspediri mengumpul Danegeld di England, dan dalam sekurang-kurangnya dua batu rune menyebut mereka yang mati i viking, contoh. "ketika ekspedisi".

Beberapa batu rune turut menggunakan istilah viking sebagai nama persendirian, contoh. "Batu ini didirikan oleh Halfdan dan Öystein, anak Viking."

Saga Icelandic

Bahagian ini memerlukan pengembangan. Anda boleh menolong dengan membaiki seksyen itu.

Abad ke-13

Raja Harald I dari Norway akhirnya terpaksa membuat ekspedisi ke barat bagi membebaskan pulau dan tanah besar Scotland dari Vikings. Kebanyakan mereka lari balik ke Iceland, tetapi saga Norse agak berat sebelah dalam gambaran mereka, dan dengan itu Vikings dalam saga tersebut kadang-kala digambarkan sebagai hero, yang kemudiannya membentuk atitude terhadap Vikings semasa tempoh Romantik abad ke 18. Bagaimanapun, di Scandinavia, Viking bukanlah kerjaya yang diterima oleh masyarakat. Terdapat kemungkinan bahawa Vikings merupakan penjenayah - beberapa sumber menamakan Vikings dengan kaitan dengan Jomsborg/Julin, yang menurut sejarah moden, merupakan pusat perlindungan bagi lanun Slavic, berbeza dengan gambaran dalam saga Norse.